Assalamualaikum..
Lama dah x menulis.. hari-hariku semakin sibuk dengan kerja-kerja makmal yang belum selesai.. bilakan ketemu penghujungnya, aku pun x tahu.. peperiksaan pun semakin hampir tapi semangat sedikit hambar.. kenapa? itu juga aku x tahu..
sejak hidup berseorangan, ku rasakan kadangkala aku sering leka dengan duniawi.. benarlah pesan ahli pujangga, hidup perlu berteman untuk memelihara iman.. jangan duduk berseorangan kerana di situlah bisikan syaitan menghanyut pedoman.. apatah lagi dengan diri yang masih bertatih dalam penghijrahan ini.. pabila berseorangan. internet lah menjadi teman ku.. laman sesawang yang paling kerap ku layari ialah youtube.. make up, fesyen memang menjadi kegemaranku.. feminin sangat, bukan? HAHA..
Tapi dalam berhibur, ada batasan yang perlu dijaga. INI yang aku lupa! keghairahan untuk tampak menawan telah membuat aku mengkhianati kata-kataku sendiri.. sibuklah aku melaram.. mujurlah masih ada insan yang prihatin, sudi menghulur secebis nasihat.. ayat yg kedengaran mesra namun sangat terkesan padaku. dan saat itu, air mata ini menitis ke pipi. Bukan kerana sakit ditegur tapi kerana terharu, rasa diri yang serba kekurangan ini dihargai, rasa dikasihi.. ALHAMDULILLAH! rupanya Allah masih kasihkan aku! sungguh, nikmatnya sangat besar. Aku bersyukur punya teman2 yang baik di sekililingku.. Benarlah,
hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."
wallahua'lam..
justeru, setiap hari marilah kita perbetulkan niat kita, tingkatkan iman kita.. Jangan pernah berhenti dalam penghijrahan.. Benar! Penghijrahan itu sukar namun hasilnya sangat manis.. ^^
No comments:
Post a Comment